Ilmu Tharekat Fira'un

 

Di abad yang ke 15, merata-rata dunia memperakui bahawa kebangkitan Islam telah pun menjulang kembali. Perubahan sikap manusia sejagat yang telah lama tenggelam di dalam lamunan budaya kuning dan gila dunia telah berubah menuju ke arah pendekatan Islam. Mereka telah kembali ke pangkal untuk menerbitkan semula sinar kehidupannya dengan Allah Taala, Mereka kembali kepada Syariat Muhamad s.a.w. malahan tidak kurang pula meneroka ke arah jalan yang lebih tinggi untuk rnenjangkau ke alam mengenal diri dan mengenal Tuhan (ilmu Hakiki dan Makrifat). Dunia amnya dan negara khususnya, pengajaran ilmu Hakikat dan Tarikat tumbuh seperti cendawan, di sana-sini kita dengar ada saja orang mengajar jalan Hakikat dan Tarikat di samping belajar ilmu Hakikat dan Tarikat tersebut. Minat mereka untuk mempelajari jalan ini haruslah dipuji, kerana dengan minat tersebut mereka akan rnenemui jalan sebenar untuk mengenal akan dirinya dan Tuhannya. Sesungguhnya jalan Tarikat dan Hakikat merupakan jalan-jalan yang pernah diterokai oleh para-para Wali Allah untuk merapatkan diri mereka kepada Allah. Jadi perubahan sikap serta kesedaran mendadak di kalangan masyarakat untuk mendalami ilmu Hakikat dan Tarikat haruslah disanjung oleh masyarakat yang celik dan tidak pula bermata ikan kering. Minat dan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya jalan Hakikat dan Tarikat dewasa ini begitu meluas sekali, ianya timbul dikalangan orang-orang tua, para muda-mudi, para-para alim ulama syariat mahupun si jahil bodoh, pendek kata ianya mula berleluasa menyerapi hati dan kalbu ahli-ahli masyarakat kita sekarang.

Tumbuhnya kesedaran ini mungkin daripada faktor-faktor berakhirnya dunia dan timbulnya hidayat pertolongan dari pada Allah s.w.t.

Seperti firman Allah Taala : An-Nasr – 1-3


اِذَا جَآءَ نَصْرُ اللّٰهِ وَالْفَتْحُ وَرَاَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِيْ دِيْنِ اللّٰهِ اَفْوَاجًا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۗ اِنَّهٗ كَانَ تَوَّابًا

Apabila talah pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu lihat manusia mahukan agama Allah dengan berduyun-duyun, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dialah maha penerima Taubat“

Daripada satu pusat Tarikat ke satu pusat Tarikat, daripada satu pusat Hakikat satu pusat pembelajaran Hakikat, daripada seorang guru kepada seorang guru yang lain. Pengajaran Tarikat dan Hakikat terus tumbuh di merata tempat di seluruh pelosok negara kita. Bermacam-macam nama Tarikat timbul di sana-sini, di sana Tarikatnya bernama ini dan di sini pula bernama itu. Sesungguhnya pertubuhan pusat-pusat pengajian ilmu ini harus menjadi kebanggaan kepada masyarakat kita yang celik dan dapatlah mengerti bahawa luasnya ilmu pengetahuan Allah s.w.t. di muka bumi ini. Akan tetapi tidak kurang pula di kalangan pengajar-pengajar iimu Hakikat, memesongkan pembelajaran ilmu ini, menyimpang jauh dari pada jalan Tarikat dan Hakikat yang mempunyai persambungan mata rantai dengan Rasulullah s.a.w dan para-para sahabatnya.

Sebahagian yang diterangkan pada bab-bab yang lain bahawa jika sekiranya satu-satu pengajian ilmu Tarikat dan Hakikat yang tidak mempunyai persambungan dan bermata rantai dengan Rasulullah s.a.w maka satu-satu Tarikat itu bolehlah disifatkan sebagai jalan Tarikat dan jalan Hakikat palsu dan rekaan semata-mata. Sesungguhnya dewasa ini terdapat di kalangan tertentu yang menggelarkan diri mereka sebagai guru-guru Pengajian Tarikat dan Hakikat berserta anak-anak muridnya yang berpegang dengan satu pemahaman palsu, di mana mereka berpegang konsep, bahawa mereka tidak pertu lagi menunaikan tanggungjawab syariat selepas orang itu menceburkan diri ke alam IImu Hakikat. Mereka tidak perlu menunaikan solat, tidak perlu lagi puasa dan sebagainya, malahan tidak kurang pula menghalalkan diri mereka untuk melakukan zina dengan perempuan yang tidak dinikahinya. Sesungguhnya pemahaman seperti inilah yang menjadi kebimbangan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw di mana baginda sangat-sangat yang umatnya akan berpecah kepada 73 golongan yang kesemuanya akan disumbat dalam neraka kecuali satu golongan saja yang akan dlkurniakan Syurga. Sesungguhnya di dalam pengajian ilmu Tarikat dan Hakikat. Tidak ada satu jalan pun untuk membolehkan orang-orang yang beriman dan berilmu ini dapat melepaskan diri mereka daripada Syariat Muhammad s.a.w. selagi dirinya berjasad, waras fikirannya dan masih makan minum sebagaimana makan minumnya orang awam.

Maka selama itulah mereka sekali-kali tidak boleh meninggalkan Syariat tubuh itulah yang mengandungi rahsia Allah s.w.t, selagi adanya tubuh dan masih dikatakan hidup, maka selama itulah syariat meliputi batang tubuh seseorang itu. Sesungguhnya Syariat itu adalah pakain bagi jasad, Tarikat itu adalah jalan bagi hati, dan hakikat itu adalah pegangan Nurani dan Makrifat itu adalah tunjangan bagi qalbun. Adapun kita mengatakan Tarikat dan Hakikat Firaun adalah disebabkan manusia-manusia yang mengakui bahawa dia adalah “Tuhan”, adalah sama seperti Firaun kerana Firaun adalah seorang manusia yang mengakui dirinya adalah “Tuhan”. Firaun mendabik dada dan memperakui dengan mulutnya bahawa “Dialah Tuhan”, seraya berkata. “Kalau hendak kenaI Tuhan inilah Dia ……….

Begitulah dengan kebanyakan orang yang menjalani Tarikat dan Hakikat Firaun, mendabik dada dan apabila ditanya dimanakah yang dikatakan tuhan itu ……. ! Lantas mereka menjawab inilah tuhan, sambil menunjukkan jarinya ke dada mereka. Dalam hal ini, ilmu baru sejengkal sudah cuba menduga lautan ilmu yang dalam. Tidak sedar dia itu kambing hendak berak seperti gajah. Banyak lagi telatah-telatah yang curang dan biadab yang ditunjukkan oleh anai-anai Hakikat danTarikat Firaun yang cuba meruntuhkan dirinya sendiri. Dari mana asalnya usul galur ilmu mereka tidaklah pula kita ketahui, tetapi dapat dijelaskan tidak ada satu pendapat ulama. Para para “ulama” Tasauf yang muktabar sama ada di zaman dahulu ataupun sekarang yang memberi peluang, bahawasanya orang yang belajar Tarikat dan Hakikat yang hidup berjasad, berumah tangga, kencing berak, makan minum seperti orang awam, boleh meninggalkan syariat ataupun memerdekakan dirinya daripada Syariat Muhammad s.a.w., walaupun ianya seorang yang bermartabat tinggi.

Sesungguhnya, Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. beristeri, makan minum seperti orang awam. Baginda telah mendapat restu dan keredaan besar dari pada Allah. s.w.t. dan maksum dari segala-galanya, terbukti tidak pernah meninggalkan syariat. Baginda menunaikan sembahyang dan puasa sebagaimana orang biasa. Kalau hendak dikira Rasulullah itu letaknya pada martabat wali mana? Kalau makam, makam mana? Sudah tentu, kita akan menjawab pada makam dan martabat yang tertinggi di alam maya ini. Apa hal dengan kita yang bukan Nabi, juga bukan Rasul dan tinggi mana pula makam dan martabat kita? Lantas-Iantas hendak mendabik dada dan meninggalkan syariat. Alangkah mudahnya mereka belajar jalan Tarikat dan Hakikat, dan mengenal tuhan bagaikan belajar mengenal buah hulu (baulu) di Pasar besar. Hendak kenal buah hulu (baulu) pun sudah payah, mesti menuntut untuk mengetahui mana pokoknya? Mana dahannya? Mana bunganya? Datang-datang wujud buah……..Nah! inilah buahnya.

Tuhan dan mengenal diri, bukan semudah itu cek oi …….. . Dimanakah kita hendak persalahkan masalah ini. Kepada guru ataupun kepada murid, sedangkan ilmu Hakikat dan Tarikat adalah ilmu yang sebenar. Mungkin atau sengaja silap guru kerana mengajar ilmu yang salah, mengajar satu-satu ilmu yang tidak dialaminya sendiri iaitu mursyid dan mendabik dada. Akulah orang tinggi di dalam hakikat dan tarikat sedangkan dia mengajar satu ilmu yang dia sendiri tidak pernah mengalaminya dan tidak pula sampai ke martabat untuk diijazah mengajar orang lain. Ataupun guru-guru tersebut tidak menerangkan secara yang jelas dan terang kepada muridnya sehingga terbentuk satu kefahaman yang sebenar keliru, supaya maksud dan hujung jatuh penerangan kepada sesuatu hal yang berkaitan jalan Hakikat dan Tarikat Itu sampai ke maksud sebenar guru yang berkenaan. Lantas muridnya mengambil satu pemahaman yang tidak betul dan diamal kembali oleh murid yang berkenaan mengikut rasa, dan selera naluri sendiri. Terpesonglah murid Itu dari landasan Hakikat dan Tarikat yang berkenaan.

Kemungkinan juga penyelewengan ilmu hakikat dan tarikat ini timbul kerana kesilapan murid, kerana sebelum menuntut satu-satu Ilmu Hakikat dan Tarikat, tidak meneliti dahulu usul galur jalan Tarikat dan Hakikat tersebut, daripada orang yang hendak diperguruinya. Samaada satu-satu jalan itu mempunyai persambungan rantai yang bersambung dari seorang guru kepada seorang guru yang lain dari seorang Wali Allah kepada Wali Allah yang lain, sampailah kepada akar umbi, para-para sahabat dan Rasulullah sendiri. Kemungkinan juga kesesatan ini timbul akibat daripada silapnya murid mengambil jalan singkat dan membuat pemahaman sendiri tanpa dirujuk kepada guru tentang sesuatu hal yang berkaitan tentang kaedah-kaedah perjalanan Tarikat dan Hakikat. Kemungkinan juga faham yang menimbulkan tarikat dan Hakikat Firaun, mereka yang mengakui bahawa guru di mana mereka mengajar murid-muridnya terlebih dahulu mendapatkan ijazah daripada guru asalnya.

Mereka mengajar ikut perasaan mereka sendiri. Mereka sendiri yang kenal diri yang memang layak mengajar sedangkan sebenarnya ilmu yang diperolehinya belum sampai kemana-mana, maka guru semacam ini bukan dinamakan guru mursyid, ianya adalah guru auta ataupun guru pusing alam. Pada sudut yang lain, kemungkinan timbulnya jalan Hakikat dan Tarikat fir’aun dari golongan-golongan opportunis (Munafik) yang ingin mengambil kesempatan kepada muridnya untuk menjadi batu loncatan bagi mencapai satu-satu matlamat demi kepentingan peribadi. Dengan menjadikan medan ilmu ini sebagai tempat penyambung nyawa mereka. Lantaran amalan jenis Tarikat dan Hakikat Firaun ini, ramai di kalangan masyarakat yang mempunyai niat untuk merapatkan diri mereka dengan Allah s.w.t. terpesong kesuatu jalan yang sesat dan mereka ini akan kerugian di dunia dan akhriat. Oleh itu wahai anak cucuku jauhilah dirimu daripada amalan Tarikat dan Hakikat Firaun ini. Semoga kita bersama di berkati oleh Allah dinaikkan pangkat darjat olehNya di dunia dan akhirat. Dan sedarlah wahai Insan bahawa sesuatu amalan yang tidak memiliki persambungan dengan Rasulullah s.a.w. adalah batal dan karut semata-mata.


Kita Bharu

Kelantan